AHMAD NAWAB Avatar

Chalet Terapung Segantang Garam ini terletak di Ban Kota Kuala Muda Merbok Kedah. Kawasan Agropelancongan ini diuruskan oleh Pertubuhan peladang Kawasan Merbok (PPK Merbok)dengan 14 buah chalet terapung pelbagai jenis.Dengan lokasi yang strategik iaitu di kawasan perairan yang tenang, chalet ini menjadi pilihan utama pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai dan laut di Kedah. Selain itu, dengan adanya kawasan ruang legar yang nyaman, ia juga tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan.

Tempat ini direka untuk kemudahan peminat-peminat sukan memancing untuk bersantai bersama keluarga disamping menjalankan hobi memancing. Dari sudut keselamatan kanak-kanak yang berada ditempat ini perlu diawasi dengan baik kerana kawasan chalet tidak dipagar dengan baik. Pihak challet juga menyediakan peralatan dan kemudahan untuk para-para pemancing bagi memudahkan mereka untuk memperoleh kelengkapan memancing.

Ruang legar untuk para pemancing

AKTIVITI AKTIVITI YANG DITAWARKAN

Aktiviti luar yang disediakan oleh pihak chalet adalah seperti menaiki bot, lawatan ke lembah bujang dan kawasan paya bakau dan hutan di sekitar Kota Kuala Muda, Para pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan harga yang berbaloi yang ditawarkan oleh pihak chalet. Pengalaman ini sangat istimewa dan tidak boleh diperoleh di tempat lain yang membuatkan para pengunjung gemar untuk berkunjung ke chalet ini.

Pandangan atas Chalet Segantang Garam

Lokasi-lokasi seperti ini merupakan aset yang sentiasa harus dipelihara kerana merupakan satu tarikan kepada pelancong untuk datang ke negeri Kedah.

Share with

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *