Dusun Riffa merupakan salah satu kawasan dusun di Changlun Kedah yang telah dibangunkan sehingga menjadi satu tempat yang menarik minat pengunjung.
Lokasi ini sangat terkenal dalam menyajikan makanan Thai seperti Miang pla, pulut mangga, sotong bakar dengan sos yang sangat padu. Laluan untuk masuk dusun ni agak mencabar kerana jalan berbatu tetapi pengunjung tidak perlu risau kerana setiap laluan mempunyai penunjuk arah. Kawasannya agak luas dan terletak tepi sungai yang dilengkapi homestay dan gazebo.
Cafe di sini menyediakan makanan yang sangat istimewa dan makanan vendor juga ada di sana. Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti homestay yang selesa, tandas, surau dan tempat parking kereta juga sangat luas.
Tagged in :
Share with
Leave a Reply