SIK
Meneroka Tempat Bersejarah di Negeri Kedah
Negeri Kedah Darul Aman menawarkan warisan sejarah yang menarik dengan destinasi-destinasi seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kuil Wat Nikrodharam, Istana Pelamin, Balai Besar, Balai Nobat, Menara Alor Setar, dan Kota Kuala Kedah. Melalui kunjungan ke tempat-tempat bersejarah ini, pengunjung dapat menyelami kisah-kisah masa lalu yang kaya dan menghargai kepelbagaian budaya di negeri ini.
Tempat-Tempat Menarik di Kedah
Negeri Kedah Darul Aman sangat dikenali dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik, sama ada di darat atau di laut. Salah satu tempat yang paling popular pastinya Pulau Langkawi. Selain daripada Langkawi, destinasi pelancongan di Kedah juga mempunyai pelbagai tarikan seperti air terjun, hutan lipur, kolam air panas, pantai, mercu tanda, resort, chalet, dan sebagainya.
Makanan-Makanan Yang Sedap di Kedah
Di negeri di bumi hijau bersemai padi ini, terdapat banyak pilihan tempat makan yang pastinya menarik tekak setiap pengunjung. Selain daripada deretan keindahan semula jadi yang mempesona, Kedah juga cukup popular dengan pelbagai juadah sedap dan menggiurkan. Disebabkan itu, kami telah membuat senarai pelbagai juadah dari restoran makanan yang sedap di setiap daerah Negeri Kedah.
Tempat Penginapan
Penginapan di Kedah sangat pelbagai, termasuk hotel mewah, resort, chalet, homestay, dan penginapan bajet yang sesuai dengan pelbagai citarasa dan bajet pelancong. Pulau Langkawi, salah satu destinasi popular di Kedah, menawarkan pelbagai pilihan penginapan, dari resort tepi pantai yang mewah hingga homestay yang lebih sederhana.